Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
MTrading Team • 2023-01-25

Penjual USDCAD mengintai sokongan kukuh pada 1.3250 menjelang pengumuman BoC

Penjual USDCAD mengintai sokongan kukuh pada 1.3250 menjelang pengumuman BoC

Penjual USDCAD masih menguasai pasaran untuk minggu keenam berturut-turut setakat ini, sementara pedagang menantikan keputusan kadar faedah Bank of Canada (BoC) pada hari Rabu. Kenaikan kadar faedah sebanyak 0.25% yang berkemungkinan dilaksanakan oleh BoC dijangka bergabung dengan isyarat MACD menurun untuk menyokong penjual pasangan ini. Namun, titik pertemuan antara garis aliran menaik dari Jun 2022 dengan anjakan Fibonacci 50% bagi kenaikan kadar pertukaran itu dari Jun hingga Oktober 2022, berhampiran 1.3250, dilihat sukar ditembusi oleh penjual. Keadaan RSI yang menunjukkan momentum penurunan baru-baru ini semakin lemah turut mengukuhkan paras sokongan tersebut. Walaupun kadar pertukaran menembusi sokongan 1.3250, paras 200-DMA sekitar 1.3180 boleh bertindak sebagai benteng terakhir bagi pembeli pasangan Loonie.

Sebagai alternatif, kekecewaan yang tidak dijangka daripada BoC, sama ada dengan atau tanpa kenaikan kadar faedah, boleh mencetuskan lantunan semula USDCAD yang sekian lama dinantikan. Dalam keadaan itu, 100-DMA dan garis sokongan terdahulu dari September 2022, sekitar 1.3500–1.3510, akan menjadi rintangan kukuh yang perlu diperhatikan jika pembeli mula memasuki pasaran. Selepas itu, kenaikan ke paras tertinggi bulanan sebelumnya berhampiran 1.3700 tidak boleh diketepikan. Perlu diperhatikan bahawa jika pasangan ini berjaya meningkat melepasi rintangan 1.3700, ia mungkin menghadapi beberapa cabaran antara 1.3810 dengan 1.3830. Jika julat ini ditembusi, pembeli mungkin menuju ke paras tertinggi tahunan sebelumnya yang dicatatkan pada bulan Oktober, sekitar 1.3975.

Kesimpulannya, USDCAD berkemungkinan kekal dalam trend menurun melainkan BoC memberikan kejutan negatif. Namun, ruang untuk penurunan adalah terhad.

Ikuti kami di FB dan Twitter untuk mengikuti perkembangan terkini peristiwa pasaran.