Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Kesilapan Dagangan Lazim yang Perlu Dielakkan pada 2022

9 daripada 10 pedagang baharu melakukan kesilapan dagangan yang lazim. Akibatnya, hanya 10% pelabur baharu berjaya. Baki 90% pula tidak mendapat apa-apa sebaik sahaja mereka bermula. Walau bagaimanapun, dagangan Forex masih merupakan salah satu bidang yang paling menarik pada 2022, dengan mengambil kira pandemik, kaedah kerja jarak jauh dan banyak masa lapang untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

None

Ramai pedagang amatur tertanya-tanya bagaimana begitu ramai orang boleh berjaya, sedangkan terdapat begitu banyak jenis aset, pasaran dan strategi dagangan untuk digunakan. Walaupun pasaran terus berkembang dan menjadi semakin pelbagai, kesilapan dagangan lazim yang perlu dielakkan masih sama.

Dalam artikel ini, kita akan meneliti sebab utama yang menghalang kebanyakan pedagang baharu daripada memperoleh keuntungan besar. Anda akan mengetahui kesilapan lazim yang dilakukan oleh pedagang serta cara untuk mengelakkannya.

Kesilapan Dagangan 1 – Tiada Pelan Dagangan

Ketiadaan pelan dagangan yang betul dan mencukupi boleh menimbulkan masalah besar pada masa hadapan. Tanpa kaedah yang jelas dan boleh dikembangkan, berdagang aset boleh menjadi satu cabaran. Pelan bukan sekadar senarai langkah yang perlu anda ikuti semasa sesi pasaran, tetapi juga merupakan panduan lengkap yang menyediakan pendekatan berguna dan cara untuk mengawal emosi, peralatan pengurusan risiko, dan sebagainya.

Kesilapan Dagangan 2 – Kurang Disiplin

Semua kesilapan dagangan lazim saling berkait dan boleh menyebabkan satu sama lain. Jika anda tidak mempunyai pelan yang jelas, tiada panduan untuk diikuti, lalu disiplin dagangan anda turut terjejas. Ramai pedagang baharu tidak dapat bertenang dan kebanyakannya bertindak mengikut dorongan emosi serta membuat dagangan secara terburu-buru. Ini merupakan antara kesilapan dagangan yang paling lazim dan perlu dielakkan. Jika tidak, pedagang baharu akan berdepan kegagalan.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Kesilapan Dagangan 3 – Pengurusan Dana yang Tidak Cekap

Keupayaan mengurus dana ialah kunci kejayaan. Keupayaan ini membolehkan anda memasuki pasaran walaupun dengan pendekatan dagangan bermodal rendah, sekali gus mengurangkan risiko kerugian besar. Setiap pedagang perlu menetapkan had risiko yang tidak boleh dilepasi. Sekali lagi, semuanya bergantung pada sasaran yang jelas, perancangan terperinci dan disiplin dagangan.

Kesilapan Dagangan 4 – Tidak Sabar

Pasaran Forex bergerak tanpa dapat dijangka. Ada kalanya, arah yang betul sukar ditentukan tanpa alat dagangan tertentu. Pada saat inilah pedagang baharu mula berasa takut terlepas peluang dagangan yang menarik lalu membuat keputusan secara impulsif dan tidak menentu. Hal ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman dalam berdagang. Berlatih ialah satu-satunya cara yang terbukti untuk mengelakkan kesilapan dagangan ini.

Kesilapan Trading 5 – Memuratakan Kerugian

Strategi purata turun boleh mengakibatkan kerugian yang lebih besar daripada yang dirancang jika pasaran terus bergerak menentang strategi anda. Keadaan ini boleh membawa kepada kesilapan strategi yang membawa padah. Anda boleh mengatasinya dengan alat pengurusan risiko asas seperti pesanan henti rugi automatik dan alat pengurusan risiko lain yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Kesimpulannya

Pasaran Forex menawarkan potensi pendapatan yang besar. Sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan modal atau pengetahuan yang minimum, memandangkan platform trading automatik, aplikasi dan alat yang canggih boleh membantu anda berdagang dengan campur tangan yang minimum dan seoptimum mungkin. Namun begitu, teknologi yang paling canggih sekalipun tidak dapat menghalang pemula daripada melakukan kesilapan trading yang lazim sehingga membawa kepada kegagalan besar. Penting untuk sentiasa mengingati kesilapan ini dan mempunyai pelan yang jelas dengan sasaran yang nyata.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.