Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Rutin Dagangan Harian – 4 Aktiviti Penting untuk Pemula

Menceburi pasaran kewangan memerlukan rutin dagangan harian dan tindakan khusus yang perlu dilakukan setiap hari. Jangan anggap dagangan mudah dilakukan. Kejayaan dalam pelbagai pasaran kewangan memerlukan pendekatan yang jelas, serta alat dan prinsip untuk menyokong pendekatan tersebut melalui aktiviti harian penting yang perlu dilakukan oleh setiap pedagang baharu.

None

Dalam artikel hari ini, kami akan menerangkan beberapa tindakan utama yang perlu diambil oleh setiap pedagang baharu sebagai sebahagian daripada rutin harian pedagang Forex.

1. Memantau berita

Sama seperti kita membersihkan diri dan bersarapan setiap pagi, pedagang sepatutnya menyemak berita terkini kerana pasaran boleh terjejas dengan ketara olehnya. Berita boleh menyebabkan trend merudum atau melonjak dengan mendadak (contohnya, kejatuhan pasaran besar-besaran pada Mac 2020, apabila S&P merosot 35$ dalam beberapa minggu sahaja).

Amat penting untuk mengikuti semua pandangan pasaran sebagai sebahagian daripada rutin dagangan harian anda. Ini membolehkan anda bertindak balas dengan segera dan membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira peristiwa utama serta kesannya terhadap pasaran. Berikut ialah panduan ringkas:

  1. Semak berita berdasarkan zon waktu, data dan parameter lain yang bersesuaian.
  2. Tetapkan parameter dan cari aset pilihan (saham, pasangan mata wang, komoditi).
  3. Pertimbangkan berita tersebut dan tentukan sama ada mahu memasuki pasaran dengan membuat dagangan atau tidak.

2. Kenal pasti trend

Semasa menjalankan rutin dagangan harian, anda juga perlu mengikuti trend sambil mengenal pasti harga, arah dan peraturannya:

  • Trend menaik – pasaran dengan paras tertinggi yang semakin tinggi dan paras terendah yang semakin tinggi.
  • Trend menurun – pasaran dengan paras tertinggi yang semakin rendah dan paras terendah yang semakin rendah.

Untuk menjalankan aktiviti ini, anda perlu menggunakan carta yang menunjukkan pergerakan harga serta paras tertinggi dan terendah harga. Maklumat ini membantu anda mengenal pasti trend dan menentukan tindakan seterusnya, jangka masa pilihan, serta sama ada anda patut mengambil posisi long atau short. Sentiasa ingat bahawa “trend ialah rakan pedagang”.

3. Tentukan paras utama

Tindakan ini boleh membantu meningkatkan keuntungan. Dalam rutin harian pedagang Forex, anda hanya perlu mengenal pasti paras penting, iaitu sempadan pasangan mata wang yang membantu anda menilai dan mengkaji pergerakan harga.

Buka carta dan ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Kenal pasti paras tertinggi dan terendah harga serta paras yang mencetuskan tindak balas harga.
  2. Gunakan titik-titik ini untuk melukis garisan mendatar.
  3. Tetapkan rangka masa yang lebih pendek dan ulangi dua langkah sebelumnya.
  4. Analisis hasilnya dan tentukan sama ada hendak membeli atau menjual.

Pengalaman berdagang boleh menjadi lebih menarik apabila tahap kemahiran anda meningkat. Kemudian, anda boleh menggunakan pelbagai set strategi dagangan dan teknik untuk mencuba pelbagai pendekatan.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

4. Kekalkan kawalan

Langkah terakhir dalam rutin dagangan harian ialah memastikan strategi sentiasa terkawal. Langkah ini mengandaikan anda sudah bersedia menghadapi ketidaktentuan pasaran. Anda cukup berdisiplin untuk mengetepikan emosi dan bertindak sewajarnya.

Petua berikut akan membantu anda kekal berpegang pada pelan:

  • Sediakan wang untuk menampung kerugian sehingga anda menemui teknik yang berkesan.
  • Gunakan analisis teknikal sebelum membuka dagangan.
  • Ikuti templat pelan dagangan dan ketepikan emosi.
  • Gunakan alat pengurusan risiko dan tetapkan pesanan henti rugi.
  • Berehat seketika untuk memulihkan tenaga.

Disiplin, konsistensi dan dedikasi ialah ciri penting seorang pedagang yang berjaya. Selain itu, anda perlu sentiasa bersedia untuk mempelajari perkara dan pendekatan baharu kerana dagangan melibatkan kepelbagaian dan perkembangan. Namun begitu, aktiviti berikut dalam rutin dagangan harian boleh membantu anda mencapai matlamat kecil pada permulaan kerjaya serta membentuk pendekatan yang sesuai.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.