Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Maksud dan Definisi FOMO dalam Dagangan

Maksud FOMO merujuk kepada perasaan seseorang yang menunggu dengan penuh harapan selama berjam-jam, berhari-hari atau bahkan berminggu-minggu agar harga aset mencapai paras yang dijangkakan. Anda telah menetapkan strategi yang berkesan. Semua sistem dan penunjuk telah disediakan. Platform MT4 berjalan lancar.

None

Jadi, apa yang berlaku seterusnya? Tiada apa-apa berlaku selama beberapa minit, kemudian berjam-jam. Anda berhadapan dengan monitor yang memaparkan deretan angka hijau dan merah. Namun begitu, anda terus memerhatikannya kerana tidak cukup bertekad untuk meninggalkannya buat sementara waktu. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kesan FOMO dalam dagangan, maksud FOMO, pencetusnya dan langkah mudah untuk mengelakkannya.

Apakah Maksud FOMO?

Istilah “FOMO” bermaksud takut terlepas peluang. Dalam erti kata lain, istilah ini menerangkan perasaan takut untuk meninggalkan ruang dagangan walaupun tiada apa-apa yang akan berlaku dan pedagang mengetahuinya. Perasaan ini boleh dipengaruhi oleh faktor luaran, yang kebanyakannya menjejaskan strategi dagangan. Istilah ini telah dimasukkan dalam Kamus Oxford dengan definisi FOMO yang terperinci.

Ketika dunia semakin beralih ke alam dalam talian dan media sosial serta komuniti internet terus berkembang, fenomena FOMO semakin ketara bukan sahaja dalam kalangan pengguna biasa tetapi juga pedagang. FOMO dalam dagangan nampaknya merupakan isu yang lebih serius kerana boleh menentukan hasil yang mungkin berlaku (sama ada berjaya atau gagal), sekali gus menjejaskan tahap keuntungan.

Idea ini agak mudah. Jika sekurang-kurangnya 1 daripada 10 pedagang mengalami kerugian sedangkan yang lain memperoleh keuntungan, kita akan berasa seolah-olah kita juga sedang rugi.

Punca utama FOMO dalam kalangan pedagang

Menurut kajian tertentu, FOMO boleh berpunca daripada pelbagai sumber maklumat. Sebenarnya, cara kita menerima sesuatu maklumat tidak penting. Yang menjadi masalah ialah kesan maklumat tersebut. Oleh itu, kami menyenaraikan 3 punca FOMO yang paling popular dan berpengaruh:

1. Pasaran yang tidak menentu

Pasaran Forex sangat tidak menentu. Di satu pihak, keadaan ini membuka lebih banyak peluang untuk meraih keuntungan besar dalam tempoh yang lebih singkat. Sebaliknya, risikonya juga lebih tinggi. Oleh itu, ketidaktentuan pasaran merupakan antara punca utama FOMO dalam dagangan.

Bayangkan anda sedang melihat carta dan menjangkakan trend bergerak perlahan ke arah yang diramalkan. Tiba-tiba, harga melonjak atau menjunam dengan ketara. Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda ialah anda tidak boleh melepaskan momentum ini. Inilah peluang anda! Inilah harga terbaik yang akan anda dapat. Sebenarnya, tidak. Pasaran yang tidak menentu akan sentiasa membuka peluang yang lebih baik. Itulah sebabnya pasaran ini dikatakan tidak menentu.

2. Berita dan analisis pasaran

Analisis pasaran dan berita (siaran akhbar) juga menjadi pendorong. Hakikatnya, kita semua pernah cuba merebut peluang untuk meraih keuntungan besar selepas sesebuah syarikat menerbitkan siaran akhbar yang positif (atau sebaliknya). Kita hanya mengimpikan untuk menjadi orang pertama yang menekan butang itu dan meraih keuntungan besar.

Namun, anda bukan satu-satunya pedagang yang mengetahui tentang peristiwa itu. Ingatlah bahawa seseorang sentiasa perlu menulis siaran akhbar sebelum ia diterbitkan. Ini bermakna seseorang sudah mengetahui berita tersebut. Tiada siapa yang dapat mengelakkan kebocoran maklumat.

Di sinilah pedagang baharu mula mengalami FOMO. Mereka fikir setiap pakar dagangan sentiasa selangkah di hadapan, sementara rasa takut terlepas peluang menguasai diri mereka.

3. Media sosial

Golongan pempengaruh telah membawa budaya menunjuk-nunjuk di Instagram atau Facebook ke tahap yang baharu. Kita melihat ratusan pedagang berbangga dengan keuntungan mereka. Anda mungkin berfikir bahawa anda juga patut berada di tempat mereka. Hal ini mendorong pedagang baharu untuk bertindak terburu-buru setiap kali melihat corak carta yang serupa.

Emosi ialah pendorong utama FOMO. Ketakutan dan ketamakan merupakan emosi paling berpengaruh yang bukan sahaja mempengaruhi tindakan kita, malah turut mempengaruhi pasaran. Sesetengah pedagang memilih untuk menggunakan teknologi canggih dan platform dagangan automatik bagi mengelakkan faktor manusia yang berpunca daripada FOMO, ketidakupayaan mengawal emosi dan isu-isu lain.

Namun, terdapat beberapa petua mudah untuk mengelakkan FOMO dalam dagangan.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

3 langkah untuk mengelakkan FOMO dalam dagangan

Untuk mengatasi kesan ini, anda perlu memahaminya dan menerimanya. Walaupun anda berjaya menangani beberapa isu, itu tidak menjamin bahawa FOMO tidak akan kembali. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda menguruskan keadaan ini:

  1. Bina strategi yang jelas dan boleh diukur, dengan hasil yang mudah dijejaki. Strategi itu harus menyediakan jawapan mudah (ya atau tidak) untuk isu yang rumit sekalipun. Gunakan isyarat masuk dan keluar pasaran yang telah ditetapkan, dan patuhinya walau apa pun yang berlaku.
  2. Matikan media sosial sepenuhnya. Dengan mengelakkan hiruk-pikuk di internet, anda dapat kekal fokus.
  3. Elakkan penggunaan kekunci pintas kerana tindakan ini boleh mendorong anda berdagang secara impulsif. Fikirkan setiap langkah anda dan pastikan langkah itu selaras dengan pelan dagangan.

Gunakan ukuran berangka bagi setiap pesanan supaya anda dapat membandingkan kejayaan dagangan. Walau apa pun, jangan sekali-kali memandang rendah peranan strategi pengurusan risiko serta instrumen asas seperti pesanan henti rugi dan ambil untung.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.