Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Kontrak niaga hadapan membolehkan pedagang membeli atau menjual aset tertentu pada harga yang telah ditetapkan untuk tarikh akan datang. Kontrak ini juga dikenali sebagai derivatif dan memberikan pelabur hak untuk menjual atau membeli instrumen pendasar dengan jangkaan mendapat keuntungan daripada kenaikan atau penurunan harga. Dalam erti kata lain, seseorang bukan sahaja memperoleh aset, tetapi juga hak untuk mendapat manfaat daripada pergerakan harga pada masa hadapan.

Dalam artikel ini, kami akan menjawab beberapa soalan yang lazim ditanya. Apakah kontrak niaga hadapan? Apakah perbezaan antara kontrak hadapan dengan kontrak niaga hadapan? Siapakah yang berdagang dengannya dan mengapa?
Kontrak niaga hadapan ialah instrumen kewangan yang membolehkan semua peserta pasaran mengambil atau mengimbangi risiko kenaikan atau penurunan harga dalam tempoh tertentu. Apabila anda membeli atau menjual kontrak niaga hadapan, anda memperoleh hak untuk membeli atau menjual aset pada harga yang telah ditetapkan tanpa mengira apa yang berlaku. Hal ini menjamin hasil tertentu walaupun risiko masih mungkin berlaku.
Pemula berpendapat bahawa kedua-dua instrumen ini sama. Anggapan itu tidak benar. Berikut ialah perbezaan utama yang perlu diberi perhatian:



Biasanya, pedagang kontrak niaga hadapan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu hedger dan spekulator:
Kini, mari kita lihat beberapa manfaat utama dagangan kontrak niaga hadapan yang mungkin menjadikannya alternatif yang lebih baik daripada bon atau saham:
Akhir sekali, kontrak niaga hadapan merupakan sebahagian daripada pasaran komoditi. Ini bermakna kecairan yang lebih tinggi dan transaksi yang pantas, sekali gus memendekkan tempoh antara keputusan dibuat dengan pelaksanaan pesanan.
Untuk memahami kontrak niaga hadapan, kita perlu melihatnya sebagai peluang pelaburan alternatif yang boleh dilakukan dengan kos dagangan yang lebih rendah. Pelabur menggunakannya sebagai kategori aset berasingan yang tidak berkorelasi dengan bon, saham atau jenis komoditi lain. Dagangan kontrak niaga hadapan menawarkan beberapa kelebihan. Namun, pada masa tertentu, kontrak ini mungkin membawa risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan volatiliti pasaran.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.