Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Social trading dan copy trading merujuk kepada strategi pelaburan tertentu yang memberi peluang kepada pelabur baharu untuk memerhati dan/atau mengikuti pedagang profesional. Kedua-dua pendekatan ini bertujuan memberikan pengalaman yang lebih fleksibel dan tidak memerlukan penglibatan aktif kepada mereka yang kurang berpengalaman atau belum mempunyai strategi dagangan yang mantap.

Alat social trading dan copy trading memperkenalkan dua kaedah yang kelihatan serupa dan mempunyai banyak persamaan, tetapi sebenarnya berbeza. Dalam artikel ini, kita akan melihat cara kedua-dua kaedah ini berfungsi, serta perbezaan utama dan manfaat yang menjadikan satu kaedah pilihan yang lebih baik berbanding kaedah yang lain.
Apabila anda menggunakan platform social trading, anda akan menemui gabungan pelbagai ciri, pendekatan, alat dan aplikasi social trading yang membolehkan anda melakukan perkara berikut:
Fokus utamanya ialah kerjasama, yang bermakna anda juga diharapkan menyumbang kepada kejayaan bersama. Ini menunjukkan bahawa anda sudah mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu atau sekurang-kurangnya telah menentukan strategi dagangan yang ingin digunakan.
Untuk bekerjasama dengan peserta lain, platform biasanya menyediakan alat social trading seperti ruangan khusus pasaran, bilik sembang dan ruang awam lain untuk berinteraksi, berbincang dan memutuskan sama ada mahu mengikuti seseorang pedagang. Oleh itu, social trading boleh menjadi cara yang baik untuk mempelajari teknik baharu atau mendapatkan pandangan daripada komuniti kewangan.



Copy trading ialah kaedah yang lebih khusus, dengan tumpuan pada penyalinan dagangan secara automatik yang dilakukan oleh Introducing Broker yang dipautkan kepada akaun anda. Dalam erti kata lain, anda bukan sekadar memerhati, tetapi meniru pedagang yang lebih berpengalaman, termasuk berkongsi keuntungan dan, sudah tentu, risikonya.
Berbanding platform social trading, kaedah ini menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan tidak memerlukan banyak penglibatan aktif. Pertama sekali, anda akan melihat senarai lengkap pedagang berserta statistik terperinci, supaya anda dapat membezakan maklumat penting daripada kandungan yang mengelirukan, yang dikongsi oleh sesetengah pedagang sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Kedua, copy trading memberi anda peluang untuk berdagang di luar bidang kepakaran anda, tanpa perlu melalui proses pembelajaran. Akhir sekali, platform menyediakan gambaran jelas tentang prestasi anda melalui laporan terperinci, alat penjejakan, papan pendahulu dan maklumat lain, sekali gus membolehkan anda terus mengawal strategi yang dipilih.
Selain itu, persediaan untuk copy trading tidak memerlukan banyak masa. Anda hanya perlu mengambil kira beberapa faktor asas untuk mengelakkan kesilapan lazim dan mencapai kejayaan.
Apabila memilih social trading, anda perlu membuat keputusan sendiri dan hanya anda yang perlu dipersalahkan jika keputusan itu gagal. Dengan copy trading, anda mendapat sokongan daripada kepakaran introducing broker, rekod prestasi trader yang berjaya dan pengalaman mereka dalam pasaran. Selain itu, jika anda mahukan pengoptimuman strategi yang maksimum, prestasi tinggi dan pengalaman yang tidak memerlukan banyak penglibatan, copy trading sememangnya pilihan yang tepat.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.