Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Cara mencari broker CFD dan Forex terbaik pada tahun 2022

Satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan dalam dagangan harian CFD dan forex adalah dengan memilih platform yang tepat. Platform ini ialah persekitaran dalam talian yang membolehkan pelabur bukan sahaja membuat pesanan, tetapi juga belajar, memantau akaun mereka dan menguasai kemahiran dagangan yang penting.

None

Broker forex dalam talianbroker forex dalam talian ialah alat berasaskan web yang sering dikaitkan dengan peranan sebagai perantara antara pedagang dengan pasaran kewangan. Pada masa yang sama, alat ini mungkin memenuhi keperluan lain yang ada pada pelabur berpengalaman dan baharu dalam usaha mereka mencapai kejayaan.

Hari ini, kita akan membincangkan parameter dan ciri penting yang perlu ada pada broker forex yang baik. Senarai kami merangkumi bukan sahaja faktor asas yang perlu diambil kira oleh setiap pengguna, tetapi juga kriteria khusus mengikut bidang, bergantung pada pengalaman dagangan dan latar belakang kewangan anda.

Cara Memilih Broker Forex Berdasarkan Pengalaman Dagangan Anda

Malah, pelabur yang berpengalaman juga mungkin mahu bertukar kepada broker CFD atau forex lain dari semasa ke semasa. Sebabnya mungkin berbeza-beza. Lagipun, kita semua mahu mencari tempat terbaik untuk merealisasikan strategi forex kita. Namun, jika anda masih baharu dalam pasaran kewangan, pertimbangkan beberapa faktor berikut:

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta
  1. Pendidikan menyeluruh. Sebagai pedagang baharu, banyak perkara yang perlu anda pelajari. Melayari laman web pendidikan yang tidak berkesudahan memakan masa dan sukar. Platform dagangan forex yang menyediakan pelbagai sumber untuk mempelajari kemahiran penting sememangnya bermanfaat. Sumber ini mungkin merangkumi seminar dan webinar, artikel pendidikan dan tutorial video, kursus khas serta bengkel dan sebagainya.
  2. Dagangan simulasi. Dagangan simulasi biasanya dilakukan melalui akaun demo dan merupakan cara yang baik untuk mempraktikkan kemahiran dalam keadaan pasaran sebenar tanpa menggunakan wang sebenar. Tanpa wang sebenar, tiada risiko kehilangan modal walaupun sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jadi, pastikan platform pilihan anda menyediakan pilihan ini.
  3. Mudah digunakan. Sebagai pelabur baharu, anda mungkin mendapati sesetengah ciri agak memakan masa untuk digunakan. Contohnya, memplot carta forex boleh menjadi cabaran. Platform yang mesra pengguna ialah pilihan yang baik untuk bermula dan menumpukan perhatian pada strategi pilihan anda, bukannya cuba memahami cara setiap perkara berfungsi. Antara muka platform mestilah mudah dilayari, dengan semua alat utama dan instrumen dagangan tersedia di satu tempat.

Apabila semakin yakin berdagang, anda akhirnya akan memperluas pengetahuan dan kemahiran serta beralih ke tahap seterusnya. Sebagai pedagang berpengalaman, anda mungkin mahu mencari ciri berikut dalam platform dagangan yang dipercayai:

  1. Alat dagangan lanjutan. Dagangan harian forex memerlukan banyak alat. Antaranya termasuk kalendar kewangan, kalkulator komisen, pelbagai indikator teknikal dan alat analisis. Pastikan broker pilihan anda menyediakan alat yang diperlukan.
  2. Leveraj lebih tinggi. Sebagai pelabur berpengalaman, anda semestinya mahu memperoleh keuntungan yang baik dengan leveraj lebih tinggi. Namun begitu, leveraj lebih tinggi juga mempunyai risiko tertentu. Di satu pihak, ia memberi peluang untuk menggandakan modal anda. Di pihak yang lain, anda boleh mengalami kerugian melebihi kemampuan baki akaun anda.
  3. Spread rendah. Sebagai pedagang baharu, anda tidak seharusnya mengharapkan spread yang rendah. Namun, apabila semakin berpengalaman, anda boleh memilih jenis akaun peringkat lebih tinggi yang menawarkan spread lebih rendah. Semak syarat khas dan promosi untuk akaun dengan volum dagangan tinggi yang ditawarkan oleh broker pilihan anda.

Seperti yang anda lihat, pedagang dengan latar belakang yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza. Namun, ada juga keperluan yang serupa.

Ciri-ciri yang Perlu Ada pada Broker Forex Terbaik

Tanpa mengambil kira tahap pengalaman pedagang, terdapat beberapa ciri umum yang menjadikan sesebuah platform sesuai dan boleh dipercayai untuk berdagang CFD dan mata wang.

Kebolehpercayaan

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah gangguan sistem semasa pesanan dilaksanakan. Kebolehpercayaan ialah faktor utama yang perlu dipertimbangkan. Pelabur memerlukan kestabilan untuk melaksanakan strategi mereka dalam masa nyata, tanpa mengira apa-apa yang berlaku di dunia luar, termasuk peristiwa geopolitik, berita ekonomi dan keadaan kewangan. Broker mesti beroperasi dengan lancar dan stabil.

Keselamatan Data

Keselamatan data ialah satu lagi faktor penting yang lazimnya diabaikan oleh pedagang baharu atau mereka tidak tahu cara menilainya. Adakah platform itu cukup selamat? Bagaimanakah platform itu melindungi maklumat peribadi anda? Apakah teknologi penyulitan data yang digunakan? Adakah platform itu mempunyai tembok api pada setiap peringkat, bukan sahaja pada versi web tetapi juga dalam aplikasi mudah alih? Jika jawapannya ya, platform itu ialah pilihan yang baik.

Akses kepada Instrumen Dagangan

Platform dagangan CFD yang dinilai tinggi membolehkan pelabur mengakses pelbagai pilihan dagangan dengan cepat dan mudah. Pilihan ini mungkin merangkumi CFD indeks, saham, komoditi dan sebagainya. Anda juga boleh mencari pilihan yang lebih maju dan terkini seperti mata wang kripto yang ditawarkan oleh broker forex dalam talian terkemuka.

Peraturan asasnya ialah kuantiti penting. Semakin banyak pilihan instrumen yang tersedia, semakin pelbagai portfolio yang boleh anda bina. Selain itu, peluang untuk menemukan pilihan yang paling sesuai dengan strategi anda juga jauh lebih tinggi.

Deposit dan Pengeluaran

Keupayaan untuk menambah nilai baki akaun dengan cepat boleh menjadi faktor penting, terutamanya jika anda akan memasuki dagangan yang berpotensi menguntungkan. Sokongan untuk pelbagai gerbang pembayaran sememangnya satu kelebihan. Pedagang boleh memilih kaedah yang disukai atau yang tersedia untuk mereka, bergantung pada wilayah atau negara.

Perkara yang sama juga terpakai untuk pengeluaran. Tentunya anda tidak mahu menunggu berhari-hari untuk menerima wang yang diperlukan. Prosesnya mestilah lancar dan mudah, tanpa sebarang masalah. Jadi, semak senarai pilihan pembayaran yang tersedia dan pastikan terdapat pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.

Sokongan yang prihatin

Faktor ini bukan hanya berkaitan dengan pedagang baharu. Pedagang pada semua peringkat sering menghadapi masalah. Tiada yang sempurna di dunia ini, begitu juga platform dagangan. Namun, pasukan sokongan yang menyeluruh dan pantas memberikan bantuan ialah satu kelebihan besar kerana dapat memastikan masalah diselesaikan dengan cepat.

Selain itu, sesetengah pelabur mungkin memerlukan bantuan, terutamanya ketika baru mula berdagang. Pasukan sokongan yang prihatin dapat merapatkan jurang antara pedagang dengan pasaran kewangan. Pastikan platform menawarkan cara untuk menghubungi mereka dengan segera (seperti sembang langsung, panggilan telefon, sistem tiket dan sebagainya). Lebih banyak pilihan yang tersedia, lebih baik.

Kesimpulannya

Kini anda tahu cara memilih broker forex terbaik. Ciri-ciri di atas penting kerana dapat membantu anda mengenal pasti platform yang dipercayai dan boleh diharap untuk berdagang CFD serta instrumen lain. Selain itu, anda juga boleh melihat manfaat dan pilihan tambahan yang ditawarkan.

Sebagai contoh, pedagang baharu pasti menghargai dagangan salin – cara yang bagus untuk bermula tanpa sebarang kemahiran atau pengalaman. Pedagang berpengalaman pula pasti menyukai beberapa versi terkini serta pemalam untuk perisian MT4 yang ikonik.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.