Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Kelebihan dagangan kripto MT4

MT4 ialah antara platform dagangan kripto yang paling popular dan dipercayai. Dibangunkan pada tahun 2005, platform ini digunakan oleh jutaan pelabur di seluruh dunia untuk berdagang pelbagai aset, termasuk mata wang kripto utama. Perisian ini dianggap sebagai satu inovasi besar dengan pelbagai ciri canggih yang boleh digunakan secara percuma. MetaTrader untuk kripto ialah pilihan yang sesuai jika anda ingin membeli dan menjual Bitcoin, komoditi, pasangan mata wang atau instrumen dagangan lain.

None

Anda sudah tahu betapa bergunanya perisian ini untuk berdagang aset tradisional. Kali ini, kita akan melihat dengan lebih dekat fungsi dagangan kripto MT4 dan kelebihan utama yang ditawarkan platform ini kepada pengguna.

Apakah itu kripto MetaTrader 4?

Platform kripto MetaTrader 4 ialah perisian dagangan biasa yang dilengkapi pelbagai instrumen untuk melaksanakan urus niaga kewangan dalam masa nyata. Pada mulanya, platform ini dibangunkan untuk membeli dan menjual komoditi, pasangan mata wang dan aset tradisional lain. Dengan perkembangan mata wang kripto dan blockchain, platform ini turut digunakan untuk berdagang mata wang fiat dan mata wang kripto.

Fungsinya bukan sekadar menyediakan alat untuk membeli dan menjual. Perisian ini turut dilengkapi sokongan menyeluruh. Dengan kata lain, pengguna boleh menjana laporan terperinci dan carta harga untuk mendapatkan gambaran pasaran yang mendalam. Sistem ini boleh menganalisis arah aliran dan harga. Pedagang boleh mengikuti berita kewangan terkini dan mengakses Penasihat Pakar untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti harga terdahulu dan sebagainya.

Seperti versi asalnya, platform kripto MT4 menawarkan fleksibiliti yang lebih baik. Pedagang boleh memasuki pasaran dan menggunakan platform ini tanpa mengira lokasi dan waktu. Selain itu, teknologi moden membolehkan alat ini serasi dengan sistem operasi utama yang digunakan pada komputer meja dan peranti mudah alih, termasuk Android dan MAC.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Sebab menggunakan MetaTrader untuk mata wang kripto

MT4 ialah perisian yang menghubungkan pedagang dan broker. Penyedia perkhidmatan dapat menawarkan perkhidmatan terkini kepada pelanggan mereka, manakala pengguna pula boleh menikmati alat dagangan canggih tanpa kos. Kelebihan utama platform kripto MetaTrader adalah seperti berikut:

  • Lebih mudah digunakan. Platform ini sangat mudah dipasang dan digunakan. Anda tidak perlu mahir dalam bidang teknikal. Selain itu, pengguna boleh mendapatkan ratusan tutorial video di YouTube dan laman web lain. MT4 telah membentuk komuniti global yang besar, dengan para pedagang berkongsi pengalaman mereka.
  • Mesra peranti mudah alih. Perisian ini serasi dengan komputer meja dan peranti mudah alih. Pengguna boleh melaksanakan pesanan di mana-mana sahaja. Semua sistem operasi dan operator utama disokong.
  • Ciri terbina dalam. Pengguna boleh memanfaatkan rangkaian alat yang menyeluruh untuk menjejaki turun naik harga, dagangan automatik dan carta harga, memaparkan arah aliran serta graf, dan melihat data penting lain yang mungkin diperlukan untuk menjalankan analisis teknikal.
  • EA automatik. Kami telah menyebut Penasihat Pakar terbina dalam. Ciri ini menggunakan algoritma dan skrip tertentu untuk membolehkan dagangan automatik. Fungsinya turut merangkumi akses kepada berita dan maklumat pasaran.
  • Penjejakan data lanjutan. Dengan alat penjejakan yang mudah digunakan, perisian kripto MT4 menyediakan data sejarah dan maklumat pasaran lain untuk memantau harga mata wang kripto, arah aliran terdahulu dan pergerakan pasaran.
  • Penunjuk yang boleh disesuaikan. Anda boleh menyesuaikan dan mengkonfigurasi platform ini mengikut pilihan dan gaya dagangan anda. Selain alat yang telah dipasang, anda juga boleh memuat naik penunjuk baharu. Kebanyakannya boleh digunakan secara percuma dan mudah dipasang.
  • Dagangan selamat. Meta Trader dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkat dan langkah untuk melindungi pengguna semasa berdagang kripto dalam talian. Perisian ini menggunakan kunci 128-bit untuk penyulitan dan perlindungan data.

Kesimpulan

Perisian kripto MT4 masih merupakan salah satu platform paling popular yang dapat memenuhi keperluan pelbagai jenis pedagang. Sama ada anda pelabur jangka panjang atau pedagang harian, platform ini boleh dimanfaatkan. Platform ini sesuai untuk dagangan mata wang kripto, dengan rangkaian instrumen terbina dalam yang membolehkan anda memantau keadaan pasaran kripto. Ciri kebolehgunaan yang canggih menjadikan perisian ini pilihan yang baik, termasuk untuk pedagang baharu.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.