Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

MT4 vs MT5: Perbandingan Lengkap

MT4 vs MT5, yang mana lebih baik dan mengapa? Inilah soalan yang ditanya oleh setiap pedagang baharu sebelum memasuki pasaran. Pemilihan platform yang tepat akan menentukan kejayaan dagangan serta set alat dan fleksibiliti teknik yang anda gunakan. Jadi, anda perlu benar-benar pasti bahawa instrumen yang dipilih sesuai untuk anda.

None

Sebaliknya, ada yang mungkin berpendapat bahawa tiada perbezaan besar antara MT4 dengan MT5 kerana kedua-duanya dibangunkan oleh pasukan yang sama untuk memenuhi keperluan pedagang yang sama. Kedua-dua platform ini memang mempunyai beberapa persamaan. Namun, terdapat sedikit perbezaan dari segi ciri dan fungsi.

Perbezaan antara MT4 dengan MT5

Kami tidak akan menghuraikan aspek teknikal secara mendalam. Untuk menjelaskan perbezaan antara kedua-dua platform ini, mari kita lihat ciri utama setiap platform.

Ciri MetaTrader 4:

  • Platform ini dilancarkan pada tahun 2005 dan sudah lama berada dalam pasaran. Tempoh yang panjang ini telah membina reputasi yang cemerlang dan kedudukan yang tinggi.
  • MT4 ditawarkan oleh kebanyakan broker dan platform dagangan dalam talian. Anda tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mencari platform yang sesuai.
  • Platform ini memenuhi piawaian dan keperluan industri tertinggi dalam Forex, CFD dan bidang dagangan lain.

Ciri MetaTrader 5:

  • Dilancarkan pada tahun 2010, platform ini masih lebih baharu dalam pasaran.
  • Hanya beberapa broker yang menyokong MT5, jadi mencari broker yang sesuai mungkin mencabar.
  • MT5 kurang popular berbanding MT4. Ini bermakna lebih sedikit pedagang menggunakannya.
  • Platform ini mematuhi peraturan dan keperluan FIFO “tiada hedging”.
  • Sesetengah pengguna tersilap menganggap MT5 sebagai versi MT4 yang dikemas kini. Sebenarnya, tidak. Platform ini ialah produk kendiri.
Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

MT4 vs MT5: Mana Lebih Baik?

Walaupun kita tidak sepatutnya menghuraikan butiran teknikal secara mendalam, kita masih perlu menyebut satu lagi perbezaan antara kedua-dua platform ini. Perbezaan tersebut berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan. MetaTrader 4 menggunakan MQL4, manakala pesaingnya menggunakan MQL5. MQL5 dilengkapi fungsi “kotak hitam”, yang membolehkan pengguna membangunkan dan mencipta pelbagai rangka kerja, robot dagangan dan perisian lain.

Dengan kata lain, MT5 mungkin kelihatan seperti pilihan yang baik untuk rakan kongsi dan pembangun perisian, manakala MT4 lebih berorientasikan kepada pedagang. Walau bagaimanapun, MetaTrader 4 juga mengalami beberapa perubahan pada tahun 2014 apabila MetaQuotes memperluas fungsinya, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna akhir.

Satu-satunya kelebihan MT5 berbanding pesaingnya berkaitan dengan beberapa manfaat utama dari segi pengaturcaraan. Pengguna akan menghargai ciri ujian semula yang sedikit lebih canggih dan fleksibel, dengan strategi yang dijalankan dengan lebih pantas. Selain itu, MT5 membolehkan anda menjalankan beberapa pasangan mata wang serentak pada kelajuan yang lebih tinggi. Saya

Keserasian MT4 vs MT5

Kedua-dua platform ini tidak serasi antara satu sama lain. Anda tidak boleh menggunakan MT4 dengan akaun MT5. Selain itu, kedua-duanya tidak serasi dengan versi terdahulu. Ini bermakna pengguna tidak dapat menggunakan ciri dan program yang sama untuk kedua-dua platform yang berasingan.

Dari sudut pandangan pedagang, MT4 masih merupakan pilihan yang lebih baik kerana menawarkan fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang mencukupi untuk mengendalikan dagangan pada apa-apa tahap. Jika anda lebih berminat dengan peningkatan teknikal dan idea pembangunan untuk mencipta perisian dagangan eksklusif, MT5 mungkin pilihan yang lebih baik.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.