Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Maksud Dividen Saham, Kelebihan dan Risiko yang Berpotensi

Maksud dividen saham boleh dihuraikan sebagai kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk memberikan jenis kekayaan atau pendapatan tertentu kepada pemegang saham. Dengan kata lain, dividen saham ialah bayaran yang dibuat bukan dalam bentuk tunai, tetapi dalam bentuk saham.

None

Hari ini, kita akan mengetahui tentang kelemahan dan potensi risiko dividen saham, serta kesannya terhadap permodalan pasaran.

Apakah Dividen Saham?

Dividen saham dikeluarkan sebagai alternatif kepada bayaran tunai. Dividen ini diberikan apabila penerbit kehabisan wang tunai dan tidak dapat membuat bayaran kepada pemegang sahamnya. Bentuk dan tarikh pembayaran dividen saham biasanya ditentukan oleh Lembaga Pengarah.

Bagaimana Dividen Saham Mempengaruhi Permodalan Pasaran

Sesetengah pelabur baharu tersilap menganggap bahawa dividen tunai dan dividen saham meningkatkan permodalan pasaran serta menambah kekayaan pemegang saham. Sebenarnya, pemegang saham tidak menjadi lebih kaya dengan memiliki lebih banyak saham kerana harga saham akan turun sewajarnya. Dengan kata lain, permodalan pasaran kekal sama.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Kebaikan dan Keburukan Dividen Saham

Walaupun menerima dividen saham tidak semestinya bermakna kekayaan pemegang saham meningkat, dividen ini tetap mempunyai beberapa kelebihan yang jelas, meskipun terdapat juga beberapa kekurangan kecil.

Kelebihan:

  • Kedudukan tunai dikekalkan. Dividen saham membolehkan syarikat mengekalkan kedudukan tunai semasanya sambil terus membayar dividen kepada pemegang saham.
  • Pilihan bebas cukai. Apabila syarikat mengeluarkan dividen saham, syarikat tidak diwajibkan membayar cukai kerana dividen tersebut tidak dianggap sebagai pendapatan, manakala dividen tunai dikenakan cukai.

Kelemahan:

  • Isyarat yang mengelirukan. Apabila syarikat mengeluarkan dividen saham, pasaran segera bertindak balas dengan menganggap syarikat mengalami kekurangan tunai atau masalah kewangan. Namun, sebab dividen jenis ini dikeluarkan tidak akan diketahui orang ramai, dan tindakan itu bukan semestinya disebabkan oleh krisis.
  • Projek pelaburan berisiko. Ada kalanya, syarikat kehabisan tunai lalu mengeluarkan dividen saham kerana menggunakan dana untuk melabur dalam projek berisiko yang tiada jaminan pendapatan. Keadaan ini membuatkan pelabur mempersoalkan sama ada perniagaan diurus dengan baik dan cekap, sekali gus menyebabkan perniagaan itu berdepan tekanan pasaran.

Walaupun mempunyai pelbagai manfaat, dividen saham juga mempunyai risiko tertentu. Di satu pihak, dividen ini tidak dikenakan cukai. Di pihak yang lain, dividen saham sukar menjadi pilihan yang lebih baik berbanding tunai kerana tidak meningkatkan kekayaan pemegang saham atau permodalan pasaran.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.