Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Sentimen pasaran bertambah baik apabila pedagang menyambut pembukaan semula pasaran sepenuhnya selepas hujung minggu panjang, didorong oleh optimisme berkaitan China. Sentimen positif itu turut dipengaruhi data AS yang lebih lemah serta pengukuhan dolar AS menjelang penghujung tahun.
Memandangkan hubungan rapat Australia-China dan status pasangan AUDUSD sebagai barometer risiko, pasangan itu mencatat kenaikan paling tinggi dalam sesi Asia. Sebaliknya, USDJPY kekal stabil apabila Perdana Menteri Jepun Kishida berganding bahu dengan Gabenor BOJ Kuroda untuk mengekang kenaikan yen yang mendominasi pasaran minggu lalu.
Sentimen mengutamakan risiko turut terlihat pada harga emas dan minyak mentah, manakala dolar AS susut untuk hari ketiga berturut-turut.
Namun begitu, BTCUSD dan ETHUSD mencatat kerugian kecil selepas serangan siber terhadap kumpulan perlombongan ketujuh terbesar di dunia mencetuskan kebimbangan tentang peraturan ketat pada masa hadapan.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Walaupun keadaan COVID-19 di China masih belum jelas, dan jumlah kes COVID-19 baru-baru ini meningkat di tempat lain, pembukaan semula Beijing kepada pelancong yang tiba dari luar negara meningkatkan sentimen pasaran dalam sesi yang sebaliknya hambar. Data Indeks Harga PCE Teras AS yang lebih rendah pada Jumaat, ukuran inflasi pilihan Fed, mungkin turut mengukuhkan sentimen mengutamakan risiko.
Di tempat lain, People's Bank of China (PBOC) menetapkan kadar rujukan USDCNY jauh lebih rendah dan menyuntik jumlah dana mingguan terbesar ke dalam pasaran dalam tempoh dua bulan. Langkah ini membantu pedagang kekal optimistik.
Sebaliknya, latihan ketenteraan China berhampiran Taiwan dan kesediaan Rusia untuk memberikan tindak balas “ketenteraan” terhadap Ukraine, bersama-sama dengan dron Korea Utara yang menyelinap masuk ke Korea Selatan, mencabar sentimen pasaran.
Perlu diingat bahawa dolar AS yang lebih lemah mencerminkan optimisme pasaran, begitu juga dengan AUDUSD, meskipun keuntungan industri China bagi Januari hingga November mengecewakan.
Laporan yang bercampur-campur mengenai sektor tenaga, terutamanya dari Moscow, pada awalnya kelihatan mendorong minyak mentah ke paras tertinggi berbilang hari yang baharu sebelum susut semula baru-baru ini. Namun begitu, minyak mentah masih mengukuh pada hari ini ketika artikel ini ditulis.
Beralih kepada mata wang kripto, serangan siber terhadap BTC.com, yang mengendalikan kumpulan perlombongan ketujuh terbesar di dunia, menjejaskan lantunan pembetulan terdahulu dalam BTCUSD dan ETHUSD.
Walaupun kebanyakan bursa saham utama kembali beroperasi selepas cuti Krismas dan Boxing Day, kalendar ekonomi masih lengang sehingga Sabtu, apabila China mengeluarkan data PMI rasmi. Namun begitu, pemangkin risiko mungkin menarik perhatian pedagang, seperti yang berlaku hari ini.
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!