Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
MTrading Team • Hari Ini

Kenaikan stabil harga minyak Brent dan perubahan pasaran lain pada 3 Mac

Kenaikan stabil harga minyak Brent dan perubahan pasaran lain pada 3 Mac

Walaupun dunia menaruh harapan, konflik Rusia-Ukraine semakin memuncak selepas rundingan gencatan senjata yang pertama, dengan bandar-bandar terbesar di Ukraine mengalami pengeboman hebat. Bank Dunia bertindak tegas terhadap tindakan Rusia dengan menghentikan semua programnya di Rusia dan Belarus. 

Kini jelas bahawa kesan paling besar masih belum dirasai. Menurut anggaran Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan UK, krisis Ukraine boleh mengurangkan keluaran dalam negara kasar global sebanyak 1% menjelang 2023 dan meningkatkan inflasi global sebanyak 3% dalam masa terdekat. Gabenor Bank Portugal merangkap ahli Majlis Pentadbiran Bank Pusat Eropah, Mario Centeno, memberi amaran bahawa stagflasi bakal melanda Eropah, iaitu keadaan yang dicirikan oleh kadar inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. 

Berikut ialah reaksi pasaran pada 3 Mac:

  • MINYAK melonjak ke paras tertinggi baharu, dengan MINYAK BRENT meningkat 4.22% kepada 117.70 kerana bekalan minyak Eropah selepas sekatan menimbulkan kebimbangan.
  • Emas tidak menyimpang daripada arah aliran menaik apabila naik 0.78% kepada 1,937.20.
  • Indeks USD susut 0.02% kepada 97.630, menunjukkan pergerakan kecil namun masih berhampiran paras tertingginya.
  • DOW JONES meningkat 1.79% dan berada pada kadar 33,891.35 .
  • NASDAQ meningkat 1.62% kepada 13,752.02.
  • Indeks DAX Jerman terus menurun, susut 0.73% kepada 13,898.30.
  • FTSE 100 turut menyusuli penurunan DAX, susut 0.27% kepada 7,409.53.

Ikuti perubahan pasaran dengan menyertai MTrading Copy Trade yang menawarkan syarat dagangan terbaik:

  • Spread sifar untuk EURUSD, GBPUSD, USDJPY, Emas, Perak dan aset popular lain;
  • Platform copy trading paling dipercayai dengan papan pemuka intuitif dan laporan berkala;
  • Pelbagai pilihan pedagang terbaik untuk dipilih dan diikuti, dikemas kini secara berkala.

Salin dagangan pakar secara automatik dalam masa nyata dengan spread SIFAR di M.Pro!

Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!