Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Penghindaran risiko meningkat pada awal dagangan Isnin apabila data inflasi AS pada Jumaat mengukuhkan jangkaan bahawa Fed akan mengambil pendirian hawkish. Tajuk berita dari China, terutamanya yang berkaitan dengan COVID-19 dan Taiwan, turut menjejaskan sentimen.
Sentimen mengelak risiko mendorong dolar AS dan hasil Perbendaharaan AS mencatat paras tertinggi bulanan baharu, sambil memberikan tekanan menurun kepada yen.
Harga minyak mentah mencatat penurunan paling besar, diikuti logam berharga. Pergerakan ini seterusnya mendorong harga USDCAD naik, sambil menekan AUDUSD dan NZDUSD.
Mata wang kripto turut terjejas oleh sentimen pesimis apabila BTCUSD dan ETHUSD mencatat paras terendah baharu dalam beberapa hari.



IHP AS bukan sahaja mengukuhkan seruan untuk menaikkan kadar faedah Fed, malah meningkatkan kemungkinan bank pusat itu mengumumkan kenaikan kadar penanda aras sebanyak 75 mata asas dalam mesyuarat FOMC pada hari Rabu, berbanding kenaikan 50 mata asas yang dijangkakan secara meluas. Oleh itu, kebimbangan bahawa tindakan agresif Fed akan menjejaskan pemulihan ekonomi global semakin meningkat dan memburukkan sentimen pasaran.
Selain itu, langkah sekatan pergerakan akibat virus yang kembali dilaksanakan di China selepas sekatan dilonggarkan seketika, bersama-sama ketegangan antara China dengan AS berhubung Taiwan, mencetuskan peralihan kepada aset selamat.
Seiring dengan perkembangan ini, Indeks Dolar AS (DXY) dan hasil bon Perbendaharaan AS mencatat paras tertinggi bulanan baharu pada awal hari sebelum susut sedikit. Sentimen mengelak risiko turut tercermin pada pasaran ekuiti Asia-Pasifik dan mata wang Antipodean.
Perlu diperhatikan bahawa dolar AS yang kukuh dan kebimbangan terhadap ekonomi telah menekan harga minyak serta menenggelamkan mata wang kripto, meskipun cuti umum di Australia cuba meredakan tekanan jualan.
BTCUSD jatuh ke paras terendah sejak hujung 2020, manakala tekanan jualan ETHUSD menguji paras terendah awal 2021 pada waktu berita ini ditulis.
⏫ 🟢 Belian kukuh: USDCAD, USDTRY dan USDCNY
⏬ 🔴 Jualan kukuh: Nasdaq, perak, ETHUSD, minyak Brent
⬆️ 🟢 Beli: Indeks USD, USDJPY
⬇️ 🔴 Jual: DAX, FTSE 100, emas, BTCUSD
Walaupun beberapa data penting dijangka menarik perhatian pemain pasaran, terutamanya dari UK, tiada apa yang lebih penting daripada usaha Fed memerangi inflasi. Perlu diperhatikan bahawa isu Brexit dan pergolakan politik di Britain menambah tekanan menurun ke atas GBPUSD. Data UK terkini yang mengecewakan serta kurangnya keyakinan terhadap keupayaan Bank of England (BOE) untuk meredakan tekanan harga tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi turut menekan pound.
Gelombang pengelakan risiko boleh terus menyokong dolar AS dan hasil bon, yang seterusnya mungkin menekan harga komoditi dan mata wang Antipodean.
Perlu diingat bahawa pasaran meletakkan harapan tinggi terhadap Fed, tetapi Powell tidak begitu dikenali sebagai seorang yang mengambil langkah berani. Oleh itu, kekecewaan tidak boleh diketepikan. Ini bermakna pedagang perlu kekal berhati-hati menjelang FOMC.
Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.
Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!