Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Hari Rabu nampaknya menjadi titik perubahan bagi pasaran apabila keyakinan sebelum ini semakin pudar. Sentimen berhati-hati menyokong hasil bon Perbendaharaan AS dan menarik semula minat pembeli dolar AS. Keadaan ini pula mencetuskan penurunan yang telah lama dinanti-nantikan bagi mata wang lain yang meningkat tanpa pemangkin positif yang ketara.
Dalam keadaan ini, pasangan GBPUSD gagal mendapat sokongan daripada data CPI UK yang kukuh lalu berbalik arah dari paras rintangan penting, manakala EURUSD bergerak turun susulan pembelian USD yang meluas.
Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tiga minggu, manakala minyak mentah mencatatkan aliran menurun selama empat hari susulan kemunculan semula sentimen penghindaran risiko.
Pasaran ekuiti di rantau Asia Pasifik mencatatkan kenaikan, tetapi momentum menaiknya kelihatan semakin lemah apabila pedagang Eropah memulakan hari dagangan.
ETHUSD dan BTCUSD meneruskan kerugian hari sebelumnya di tengah-tengah kebimbangan tentang kemungkinan peningkatan kawal selia terhadap Bitcoin.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Selepas menyaksikan optimisme yang kurang meyakinkan, para pedagang kembali ke tempat yang paling sesuai bagi mereka, iaitu wilayah pasaran menurun. Hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menjadi pemacu kenaikan USD terkini, manakala komen Fed yang hawkish dan data inflasi UK serta Zon Euro yang lebih kukuh turut menambah kebimbangan pasaran terhadap risiko kenaikan kadar faedah yang lebih banyak di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan. Angka koronavirus China yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat bulan dan pertempuran sengit Rusia di Ukraine turut menjadi pemangkin yang mengembalikan minat pembeli dolar AS.
Sebaliknya, penggubal dasar Jepun terus bercakap tentang keupayaan mereka untuk mempertahankan yen tanpa melakukan banyak tindakan. Namun, campur tangan secara lisan nampaknya membantu USDJPY mengehadkan momentum kenaikannya sejak kebelakangan ini.
IHP UK mencatat paras tertinggi berbilang tahun dan mendorong BOE mengumumkan kenaikan kadar faedah yang lebih besar, selain Pengetatan Kuantitatif (QT). Namun, krisis politik di negara itu menjejaskan pound sterling.
Selain itu, kesediaan pentadbiran Biden untuk mengeluarkan lebih banyak minyak daripada rizab strategik menekan harga minyak, di samping pengukuhan dolar AS.
Di tempat lain, laporan bahawa penggunaan tenaga Bitcoin meningkat lebih 40% menonjolkan kebimbangan terhadap lebih banyak peraturan bagi mata wang kripto utama itu, sekali gus menekan BTCUSD dan ETHUSD.
Beli kuat: USDJPY
⏬ 🔴 Isyarat jual kuat: ETHUSD
Beli: Indeks USD, USDCAD, Nasdaq, EURUSD
Jual: DAX, FTSE 100, emas, BTCUSD, AUDUSD
Seterusnya, data inflasi Kanada dan perkembangan tentang masa depan Perdana Menteri Britain, Liz Truss, sebagai pemimpin negara mungkin menarik perhatian pedagang. Namun, tumpuan utama akan diberikan kepada hasil bon kerana nilainya kembali ke paras tertinggi berbilang tahun yang dicatatkan pada awal minggu ini. Jika kupon bon kembali mencecah paras tertinggi, dolar AS mungkin meneruskan lantunan terbaharunya dan menekan harga mata wang, komoditi serta mata wang Antipodean.
Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.
Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!