Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
MTrading Team • Hari Ini

Harga emas, Minyak Brent dan FTSE 100 melonjak pada 2 Mac

Harga emas, Minyak Brent dan FTSE 100 melonjak pada 2 Mac

Perhatian dunia masih tertumpu pada krisis Ukraine ketika konflik terus memuncak dan sekatan semakin diperketat. Pesawat Rusia dilarang memasuki ruang udara A.S., operasi Sberbank Rusia di Eropah telah ditutup, dan banyak syarikat industri gergasi telah menghentikan jualan produk di Rusia, manakala syarikat Severstal telah menghentikan eksport produk keluli ke negara-negara EU. 

Perubahan berlaku tidak lama kemudian.

  • EMAS terus mengekalkan trend menaik dengan kenaikan 0.9% kepada 1,928.60.
  • MINYAK terus melonjak, dengan MINYAK BRENT meningkat 4.55% ke paras tertinggi sejak 2014 — 113.02.
  • Indeks USD naik 0.5% kepada 97.650, paras tertingginya sejak pertengahan 2020, apabila pedagang mencari aset selamat.
  • EUR turun 0.5% kepada 1.1068 dan berada pada paras terendah baharu dalam tempoh tujuh tahun berbanding franc Swiss.
  • DOW JONES merosot 1.76% kepada 33,294.95.
  • FTSE 100 mencatat prestasi lebih baik dan meningkat kepada 7,382.73 (+0.72%).
  • DAX Jerman jatuh kepada 13,985.69 selepas merosot 1.2%.

Rundingan seterusnya antara Rusia dengan Ukraine dijadualkan bermula pada petang 2 Mac dan harapan agar keganasan berkurangan masih ada. Sementara itu, sesi pendengaran Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung rayuan Ukraine terhadap Rusia telah dijadualkan pada 7 dan 8 Mac, jadi hala tuju pasaran berkemungkinan berubah lagi. Data inflasi HICP juga perlu diberi perhatian. 

Berdagang dengan broker terbaik di Asia Pasifik ketika keadaan tidak menentu. Kami menawarkan terma dagangan yang paling menguntungkan, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.

  • SPREAD SANGAT RENDAH bermula daripada 0 pip;
  • Saiz lot minimum yang lebih rendah;
  • Ganjaran IB yang tinggi, sehingga 60% perkongsian hasil;
  • Bonus deposit 200%;
  • Perlindungan Baki Negatif
  • Analisis teknikal dan alatan canggih.

Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan terbaik bersama MTrading!

Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!