Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Dalam pasaran hari ini, mendapatkan isyarat dagangan yang kukuh mungkin mencabar. Morning Doji Star ialah corak indikator Forex yang memastikan bukan sahaja kenaikan awal, malah turut memberikan banyak peluang dagangan yang menguntungkan apabila digunakan dengan betul.

Dalam panduan ini, kami akan menunjukkan cara meningkatkan dagangan Forex anda dengan indikator ini dan menerangkan teori di sebalik Morning Doji Star dengan jelas kepada pedagang pada semua peringkat. Sesetengah pedagang berpendapat corak ini sama dengan corak Morning Star tradisional. Sebenarnya, kedua-duanya berbeza. Mari kita lihat dengan lebih lanjut.
Sebelum menggunakan corak ini dalam mana-mana strategi dagangan Forex anda, penting untuk memahami teorinya. Morning Doji Star ialah corak pembalikan menaik. Corak ini boleh menjadi alat yang berguna untuk mengenal pasti kedudukan pasaran terbaik untuk memasuki dagangan pada titik alunan rendah dalam trend, apabila penjual benar-benar kehabisan tenaga akibat tekanan pembeli.
Corak lilin itu sendiri terdiri daripada tiga bahagian yang berbeza. Setiap bahagian menunjukkan kuasa penjual yang semakin lemah sehingga akhirnya diambil alih oleh pembeli. Apabila mana-mana corak ini muncul, ia perlu dikaitkan dengan momentum pembeli. Morning Doji Star tergolong dalam keluarga Doji, yang juga dikenali sebagai lilin ketidakpastian.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, corak ini terdiri daripada tiga batang candlestick. Hal ini memudahkan pedagang pada apa-apa peringkat untuk mengenal pastinya pada carta Forex. Pada mulanya, anda mungkin akan melihatnya dalam aliran menurun atau pada paras swing rendah.



Satu lagi ciri yang memudahkan pengecaman Morning Doji Star ialah corak 3 batang candlestick dengan susunan berikut:
Candlestick di tengah ialah komponen yang membezakan kedua-dua corak ini. Dalam corak Doji, candlestick di tengah menunjukkan keadaan apabila persaingan antara pembeli dengan penjual lebih seimbang dan tiada pihak yang dapat mengatasi pihak yang lain.
Ringkasnya, pasaran menunjukkan keadaan tidak menentu. Jika kita memikirkannya secara logik, pembentukan candlestick yang menunjukkan ketidakpastian memberitahu kita bahawa pembeli mula mendominasi dan mengambil alih kawalan daripada penjual, yang mengawal pasaran ketika candlestick itu terbentuk.
Apabila pasaran mengalami keadaan tidak menentu seperti ini, pedagang perlu memikirkan cara pihak yang satu lagi dapat meningkatkan momentum. Apabila digunakan bersama analisis teknikal, logik ini dapat memberikan beberapa titik kemasukan yang baik untuk berdagang dalam pasaran.
Keseluruhan teori di sebalik momentum corak carta boleh memainkan peranan penting. Teori ini mengajar anda membuat keputusan secara logik dan teliti, bukannya mengikut pergerakan harga secara membuta tuli. Candlestick, khususnya Morning Doji Star, membolehkan anda berdagang dalam pasaran Forex pada tahap yang baharu. Selain itu, corak ini boleh menjadi alat yang baik untuk menapis dagangan yang berpotensi tidak menguntungkan.
Oleh itu, kami amat mengesyorkan semua pedagang, tanpa mengira tahap pengalaman, mengulang kaji teori ini untuk mengesahkan dan memahami bagaimana serta bila pelbagai formasi corak candlestick terbentuk.
Untuk berdagang menggunakan Morning Doji Star, anda perlu mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
Kita telah mempelajari teori di sebalik corak Morning Doji Star dan beberapa petua untuk berdagang menggunakan corak candlestick ini. Sesetengah pedagang mungkin tertanya-tanya mengapa mereka perlu menggunakannya sedangkan terdapat begitu banyak indikator teknikal yang berbeza untuk dipilih.
Sebab utama untuk menggunakannya ialah corak ini berupaya menghasilkan lebih banyak peluang dagangan yang menguntungkan. Selain itu, corak ini dapat membantu anda belajar bukan sahaja untuk mengikuti pergerakan harga secara mekanikal, tetapi juga menggunakan logik dagangan anda ketika membuat keputusan khusus tentang sesuatu dagangan.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.